Articles - we cater d water~~
 

 

ARTICLES

.

 

KURSUS CPR PUTRAJAYA - SATU PENYELAMAT SATU KELUARGA

 

Satu Renungan

Setiap individu masyarakat perlu dididik untuk memahami CPR, satu kaedah kecemasan pemulihan pernafasan sementara menunggu bantuan tiba. Marilah kita sama-sama cuba untuk mengujudkan SATU PENYELAMAT SATU KELUARGA untuk keluarga masing-masing.

Untuk makluman, kursus CPR ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Instruktor-Instruktor bertauliah daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia dengan menggunakan modul daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di mana Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia adalah ahli gabungan satu badan antarabangsa, International Life Saving Federation [ILSF].

Modul CPR terkini [30 tekanan, 2 hembusan, 5 pusingan] adalah daripada International Liasion Committee on Resuscitation [ILCOR] yang diterima pakai oleh semua badan-badan resusitasi dunia seperti American Heart Association [AHA].

Kursus boleh diadakan secara berkumpulan atau pun 'sharing basis' yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Tempat latihan boleh dilakukan ditempat anda asalkan ianya berupa dewan serbaguna, hotel, ruang tamu rumah atau pejabat yang bebas daripada gangguan di mana presentation akan dibuat dalam bentuk power point.

Dengan 6 jam dan modulnya meliputi CPR untuk dewasa, kanak-kanak dan bayi, teorinya adalah 30% dan praktikalnya 70%.

 

Semuga dengan kursus sebegini banyak nyawa dapat kita selamatkan - anak-anak kita, kaum keluarga kita, sahabat kita dan juga orang-orang yang kita sayangi. Sekurang-kurangnya sesuatu dapat kita lakukan sementara menunggu bantuan tiba atau kita lakukan semasa dalam perjalanan ke hospital - selain dari menangis, meratap, telefon sana sini, berfikiran tak tentu arah, panik dll.
 


Fikir-fikirkan lah .....

Others Articles

(please click to view the other articles)

 

 

 

.